Ibu kota Kota_Kinabalu

Lokasi daerah Kota Kinabalu dan bandar ini di Bahagian Pantai Barat Sabah.Peta Kota Kinabalu dan kawasan bandar sekitar. Garis biru menunjukkan jalan-jalan utama, garisan kelabu menunjukkan landasan kereta api, dan garisan bertitik merah jambu menunjukkan sempadan daerah.

Sebagai ibu kota Sabah, Kota Kinabalu memainkan peranan yang penting dalam politik dan ekonomi penduduk di seluruh negeri ini. Ia merupakan kawasan pemerintahan utama kerajaan negeri di mana terletaknya hampir semua pejabat kementerian dan agensi kerajaan. Kebanyakan agensi dan jabatan kerajaan persekutuan Malaysia juga terletak di Kota Kinabalu. Dewan Undangan Negeri Sabah terletak di Teluk Likas yang berdekatan. Terdapat empat Ahli Parlimen (MP) yang mewakili 4 kawasan parlimen di bandar: Sepanggar (P.171), Kota Kinabalu (P.172), Putatan (P.173), dan Penampang (P.174). Bandar ini juga memilih 9 wakil badan perundangan negeri dari daerah DUN Karambunai, Inanam, Likas, Api-Api, Luyang, Tanjung Aru, Petagas, Kepayan, dan Moyog.[28]

Pihak berkuasa tempatan dan definisi bandar

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Bandar ini ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Datuk Bandar ketika ini (2013) ialah Datuk Abidin Madingkir, yang mengambil alih jawatan daripada Datuk Iliyas Ibrahim pada 2 Februari 2011.[29] Datuk Iliyas merupakan Datuk Bandar kedua selepas mengambil alih jawatan daripada Datuk Abdul Ghani Rashid pada tahun 2006. Bandar ini memperoleh status bandar raya pada 2 Februari 2000.[11] Sebelum ini ia ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Kinabalu.

Kawasan bandar ini juga merupakan daerah, yang dahulunya perbandaran Kota Kinabalu. Dengan kawasan seluas 351 kilometer persegi, ia adalah daerah yang terkecil tetapi yang memiliki paling ramai penduduk di Sabah.[30] Kawasan bandar merangkumi Tanjung Aru dan Kepayan di selatan, sehingga Telipok dan Sepanggar di utara. Kawasan bandar-bandar juga meluas ke daerah Penampang[31] di selatan sempadan bandar, yang termasuk bandar-bandar Donggongon dan Putatan. Kawasan gabungan Kota Kinabalu (daerah) di Penampang dan Putatan dikenali sebagai Greater Kota Kinabalu (Kota Kinabalu Raya).[32]

Daerah Penampang mempunyai kawasan seluas 466 kilometer persegi, dan ditadbir oleh Majlis Daerah Penampang.[33]

Rujukan

WikiPedia: Kota_Kinabalu ftp://ftp.atdd.noaa.gov/pub/GCOS/WMO-Normals/TABLE... http://www.smh.com.au/articles/2007/10/26/11929413... http://www.dfat.gov.au/missions/countries/myko.htm... http://www.dva.gov.au/commems_oawg/OAWG/war_memori... http://www.financeminister.gov.au/biography.html http://www.rockingham.wa.gov.au/Council/Latest-New... http://www.bt.com.bn/golden-legacy/2011/01/10/hist... http://www.abcsabah.com/index.php/kota-kinabalu/ http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-3005275... http://en.allmetsat.com/climate/philippines.php?co...